Domo (どーもくん Dōmo-kun) ialah maskot rangkaian televisyem NHK Jepun yang muncul dalam beberapa sketsa animasi gerak henti 30 saat yang berfungsi sebagai pengenalan rancangan.
Domo, selaku watak utama, dihuraikan dalam laman web rasni bahasa Inggeris sebagai "seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur." Nama "Domo" diperoleh ketika episod kedua rancangannya apabila seorang juruhebah TV berkata, "doumo, konnichiwa" (どうも、こんにちは), yang lebih kurang bermaksud, "Apa khabar di sana?", atau "Apa khabar, Domo?". Akhiran kun
pada "Domo-kun" ialah gelaran mesra yang sering dipakai apabila menyapa
lelaki yang lebih muda. Makanan kegemaran Domo-kun ialah gulai daging dan ubi kentang, manakala dia paling benci epal, gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam DNA-nya. Domo-kun juga selalu kembung apabila gementar atau marah
Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bersama Usaji (うさじい Usajii), seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah kata lakur perkataan usagi (ウサギ), (arnab), dan jii-chan (じいちゃん)
(atuk). Usaji tidak gemar bahan-bahan "baharu" dan juga tidak ada
telefon. Dari segi fesyen, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding
bentuk. Makanan kegemaran Usaji ialah lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti."
Dalam liang itu juga didiami dua ekor kelawar, iaitu si ibu bernama Shinobu (しのぶ)dan anaknya Morio (もりお).
Satu lagi watak utama dalam siri cerita ringkas ini ialah seekor wesel bernama Tā-chan (たーちゃん) . Tā-chan yang berusia 17 tahun ini hendak menjadi jurugaya atau peragawati di Tokyo dan selalu menggunakan teknologi (TV, telefon bimbit, dan kamera). Makanan kegemarannya ialah aprikot dan tart pudina, manakala landak laut paling dijauhi seleranya.Nama Tā-chan berasal dari perkataan "berbilang saluran" (多チャンネル tachanneru) dalam penyiaran digitak.
Source : ms.wikipedia.org/wiki/Domo-kun
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar